Thursday, November 26, 2009

kursus kerja sosial




nie masa kursus kerja sosial di dynasty hotel selama 2 minggu. macam-macam belajar kat sini. bukan sahaja belajar yang berkaitan dengan kerja. malah leh belajar buat bunga. kak normah pandai gubah bunga n buat bunga. dia bawak kerja tangan dia ke sini. sambil tunggu kelas bermula. tabik la kat kak normah, pandai menggunakan masa terluang. saper nak belajar atau nak tempah hantaran or gubahan boleh la tempah kat kak normah.

pavilion kuala lumpur



sambutan x'mas di pavilion kuala lumpur. masa nie saje je pergi jalan-jalan. tak ada apa nak buat kat hotel tu. ambil la peluang pusing kl. bukan selalu pun dapat lepak kat bandaraya nie. memang cantik la decor untuk x'mas tahun nie. tapi tak semua leh ambil gambar kerana ramai sangat orang. kat luar pun cantik, disebabkan hujan. tak boleh nak pose kat luar. hehhehe...

Tuesday, November 24, 2009

syurga wanita (Jalan TAR)



cakap je jalan tengku abdul rahman (TAR) pasti ramai wanita yang ingin kesana. tambahan dekat-dekat musim perayaan. disitulah syurga mereka. beraneka jenis kain dan perhiasan wanita dapat dilihat disana. ada yang mahal dan ada yang murah, yang penting kena pandai tawar-menawar. perempuan pakar la bab tawar-menawar nie. kalau lelaki, main beli je. janji cepat. hehehhehe

chow kit road


sesaper yg mmg suka beli barangan bundle di sini lah syurganya. banyak barang yang boleh dibeli. datang la beramai-ramai mengunjungi bagi memeriahkan jualan bundle di sini.

Wednesday, November 4, 2009

ABC Special....




ABC yang special. decor dia pun cantik. memang pandai la kedai nie tarik minat customer dia. mmg puas hati aku makan. ABC nie aku makan kat kedai Chief Tomyam Damansara Damai.