Wednesday, January 27, 2010

Pantai Hiburan, Rompin


Suasana waktu petang di pantai mmg best. Tenang je. fikiran pun tak serabut. Angin yang menyapa membawa sekali kekusutan kerja di siang hari. Berbagai-bagai aktivi kekeluargaan kat sini. Ada yang bermain pasir, bermain layang-layang dan ada juga yang mandi manda. Ramai yang hanya bersiar-siar ambil ambil angin laut jer. Kalau dah penat berjalan di persisiran pantai tu boleh la singah di gerai berhampiran. Menjamu selera dalam suasana yang mendamaikan dengan angin laut dan pemandangan yang cantik memang best la.


Friday, January 22, 2010

Taiping Bandar Warisan


Taiping bandar warisan dan juga di kenali sebagai bandar hujan ini kerana bandar taiping adalah bandar yang paling kerap menerima hujan setiap tahun. Bandar ini akan dibasahi hujan dalam 320 hari setahun namun jarang kita dengar bandar ini banjir kecuali kawasan paya. Taiping juga terkenal dengan zoo taiping dan night safari. aku dilahirkan di kawasan kampung di bukit gantang, salah satu kawasan kampung di taiping. Bandar taiping nie tak la besar mana, tapi banyak juga tempat menarik dan taiping semakin maju. Kalau datang taiping jgn lupa pergi zoo dan taman tasik. Tempat yang paling terkenal di taiping, rugi kalau dah sampai tak pergi sana.


Comel tak anak saudara aku??? nie baru dua orang, ada banyak lagi. Nie masa melawat akak aku kat IJN, dia baru jer abis menjalani pembedahan. Dah ramai2 kat sana, wad tu pun jadi kecoh. Biasala, keluarga besar. hehehhe...

Program Unit Khidmat Penyayang Tanjung Gemok





Nie pic aku semasa menjalankan tugas kat pasar malam tanjung gemok. Nak kata best tu tak jugak apapun ejoy gan member-member giler-giler nie. Tak la bosan sangat menunggu kat situ. Yang best kat pasar malam tu cuma laksa jer, itupun tak sehebat laksa akak aku masak. hehehehehe.... pasar malam nie setiap hari khamis, so sesaper yang nak pergi tioman tu leh la singgah kat pasar malam nie. Tapak pasar malam nie pun tak jauh dengan jeti nak pergi tioman.