Friday, September 24, 2010

Aidilfitri 2010





berakhir sudah puasa sebulan dan kini tiba hari kemenangan. mesti banyak kenangan pada bulan puasa yang lepas kan. seperti biasa, semua anak-anak perantau akan pulang ke kampung untuk meraikan bersama keluarga tercinta. kemeriahan jelas terpancar di raut wajah ibu bapa yang setia menanti kepulangan anak-anak terutama di hari yang mulia ini. salam dihulur maaf dipinta bagi mengahapuskan dosa-dosa lalu sesama kita. keluarga aku seperti biasa akan berkumpul di changkat ibul, taiping. selepas je sembahyang sunat aidilfitri kami akan bersiap-siap menziarahi pusara arwah ibu, nenek, tok wan, tok ngah dan tok cik pastu baru la beraya di rumah sedara mara yang lain. petang pula baru bersiap-siap pergi rumah abah di bukit merah. memang penat raya nie tapi apapun memang best. bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai cam nie almaklumlah, keluarga besar kan. :)

Thursday, September 2, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


selamat hari raya aidilfitri untuk semua.. mohon maaf atas segala keterlanjuran perbuatan mahupun kata-kata.. semoga semua diberkati dan berbahagia di hari yang mulia ini..