Thursday, December 31, 2009

majlis perpisahan dan majlis tahun baru 2010





Selamat Tahun Baru 2010. Kalau nak tau, majlis nie diadakan sempena majlis perpisahan staff projek cari dan sekali gus menyambut tahun baru 2010. Banyak la makanan yang disediakan sampai berlebih-lebih la pulak. Siap ada bbq depan office lagi. Acara yang hangat aku rasa semenjak aku kerja di sini. Memang best la. Terima Kasih banyak-banyak kat staff projek cari kerana banyak membantu kami dan tidak lupa juga, terima kasih yang teramat sangat kepada kak ton yang menyediakan makanan yang banyak. Kenyang la kami melantak. Puas giler dapat makan best-best dan ramai-ramai. SELAMAT TAHUN BARU SEMUA, SEMOGA TAHUN DEPAN LEBIH BERMAKNA BUAT KITA SEMUA. SELAMAT TINGGAL 2009..

Wednesday, December 16, 2009

Central Market @ Pasar Seni penuh dengan hasil kesenian





Dah lama aku tak jalan-jalan kat Pasar Seni. Masa belajar dulu aku suka ke sini. Tengok orang melukis. Sekarang dah banyak perubahan. makin cantik dan makin banyak barang kesenian yang dipamerkan untuk dijual. Masa aku pergi ada persembahan kat depan Pasar seni. Ada menunjukkan pakaian perkahwinan rakyat malaysia, ada india, melayu, cina dan banyak lagi la . Siap ada pesembahan lagi. Ramai juga yang hadir. Kalau yang memang minat barang-barang kraf dan seni datang la kesini. Banyak pilihan. Cantik-cantik dan unik.

Betta Society Of Malaysia




Persatuan peminat dan pemelihara ikan laga malaysia.

Masa nie aku ke seremban. Ada pertunjukkan ikan laga dari peminat ikan laga seremban. Nama persatuan dia Seremban Betta Sunday (SBS). Cuma diadakan pada hari ahad sahaja. Berbagai jenis ikan laga dipamerkan. cantik-cantik semua.

kampung juara..Pulau Tioman




Pertama kali aku ke Kampung juara kat Tioman. Selama nie aku cuma ke Kampung Tekek. Mamang cantik tempat dia. Kawasan yang berteluk menambah kecantikkannya. Mamang puas hati rasaya kalau nak datang bercuti ke sini. Ada lagi Kampung yang cantik kat Tioman nie yang belum aku melawat. Sambil-sambil wat keje leh jugak pose-pose kat tempat yang cantikkan.

Thursday, November 26, 2009

kursus kerja sosial




nie masa kursus kerja sosial di dynasty hotel selama 2 minggu. macam-macam belajar kat sini. bukan sahaja belajar yang berkaitan dengan kerja. malah leh belajar buat bunga. kak normah pandai gubah bunga n buat bunga. dia bawak kerja tangan dia ke sini. sambil tunggu kelas bermula. tabik la kat kak normah, pandai menggunakan masa terluang. saper nak belajar atau nak tempah hantaran or gubahan boleh la tempah kat kak normah.

pavilion kuala lumpur



sambutan x'mas di pavilion kuala lumpur. masa nie saje je pergi jalan-jalan. tak ada apa nak buat kat hotel tu. ambil la peluang pusing kl. bukan selalu pun dapat lepak kat bandaraya nie. memang cantik la decor untuk x'mas tahun nie. tapi tak semua leh ambil gambar kerana ramai sangat orang. kat luar pun cantik, disebabkan hujan. tak boleh nak pose kat luar. hehhehe...

Tuesday, November 24, 2009

syurga wanita (Jalan TAR)



cakap je jalan tengku abdul rahman (TAR) pasti ramai wanita yang ingin kesana. tambahan dekat-dekat musim perayaan. disitulah syurga mereka. beraneka jenis kain dan perhiasan wanita dapat dilihat disana. ada yang mahal dan ada yang murah, yang penting kena pandai tawar-menawar. perempuan pakar la bab tawar-menawar nie. kalau lelaki, main beli je. janji cepat. hehehhehe

chow kit road


sesaper yg mmg suka beli barangan bundle di sini lah syurganya. banyak barang yang boleh dibeli. datang la beramai-ramai mengunjungi bagi memeriahkan jualan bundle di sini.

Wednesday, November 4, 2009

ABC Special....




ABC yang special. decor dia pun cantik. memang pandai la kedai nie tarik minat customer dia. mmg puas hati aku makan. ABC nie aku makan kat kedai Chief Tomyam Damansara Damai.

Friday, October 30, 2009

Gambar di hotel radius






nie pic yang aku ambil semasa aku kat hotel radius. ada kedai yang dicat macam lembu. aku nak gi kedai tu. tapi tak buka. ntah la. tak tau la naper. dah kedai macam lembu. tu yang buat aku nak tau tu. next time aku akan pergi kedai tu.

kursus pemantapan PSK




kursus yang dijalankan di radius international hotel kuala lumpur. kursus yang bertujuan memantapkan lagi pemahaman mengenai PSK. banyak perkara yang aku dapat belajar disini. Thanks kepada semua pihak yang menjayakan kursus ini.

pantai air papan, mersing



nie masa aku jalan-jalan kat pantai. nama dia pantai air papan. pantai dekat mersing. tak ada yang menarik kat sini. tapi saje je jalan.

mandi manda bersama keluarga






masa mandi manda dengan keluarga. kalau nak tau. di taiping memang sungai seperti nie. kalau pergi taiping jangan la lepaskan peluang mandi. sejuk air bukit sampai ke tulang.

tioman






nie masa aku dekat tioman. memang menakjubkan. banyak giler ikan kat sini. air cantik. ada kampung di tioman yang cantik. memamg best la kat sini.

berjalan-jalan di bandar taiping






nie semasa aku berjalan-jalan di bandar taiping. saje je nak menghilangkan bosan hehehheh.... keunikkan bandar taiping boleh dilihat di pokok tepi tasik dimana dahan pokok sampai sehingga mencecah tasik.