Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Kuching, Sarawak





masa nie aku di Kuching Sarawak.. best kat sana.. banyak benda-benda yang menarik dan tempat-tempat yang patut di lawati.. jangan lupa makanan yang popular kat sana.. rugi kalau tak makan.. masa kat sana, tempat makan yang paling best adalah di Coffee 'o' Coner.. memang puas hati makan kat situ. harga berpatutan dan rasa pun sedap. kek serawak yang berbagai corak dan rasa menarik minat untuk dibeli.. banyak juga la borong kek lapis serawak.. sampai beg kitaorang koyak.. hehehehe...

Friday, May 27, 2011

Kampung Nelayan, Kuantan.


Kampung nelayan.. memang dah lama aku nak pergi ke kampung nelayan, walaupun kampung nelayan nie dah agak moden. tapi masih ada lagi pokok kelapa kat tepi pantai.. tu yang buat aku tertarik. Masa aku sampai kat sini.. pakcik-pakcik nelayan baru naik ke darat. leh la tengok hasil tangkapan diaorang.. banyak juga hasilnya. Ada juga yang datang ke sini untuk membeli ikan-ikan segar dar nelayan. fresh tu.. ingat senang nak dapat. Masa aku tengok tu.. diaorang banyak dapat ikan pari yang kecik (aku pun tak tau diorg pangil ikan aper.. hehehehhe). Suasana pantai biasa dan kampung nelayan agak berbeza. kira kampung nelayan nie popular la juga, sebab masa aku datang tu tak ramai orang, tapi lama kelamaan ramai orang. yang mandi laut pun ramai juga. banyak bawak anak-anak untuk mandi laut. akhirnya aku dapat juga sampai ke kampung nelayan. tapi aku tetap nak mencari kampung nelayan yang original.. yang cam dulu-dulu. rumah papan tepi laut dan dikelilingi oleh pokok kelapa.. mesti lagi cantik kan.

Gambang Water Park



Bukit Gambang Water Park, Kuantan Pahang. Dah penat-penat bekerja kan. nak la juga enjoy sekali sekala. lagipun orang selalu cakap pasal gambang nie. kira popular gak la kat kuantan kan. jadi rugi la kalau aku duduk kat pahang dia tak pergi. walaupun perjalanan agak jauh dari rompin nie, tak der hal punya. lagipun dah lama aku tak mandi kat waterpark nie. kalau gan family mandi kat sungai dan air terjun. memang seronok la kat sini. walaupun penat nak naik tangga ke atas kan. tapi best.. nak naik ke atas punya la lama, kalau turun tu sekejap jer. semua benda kami main, tak der yang tak. tapi tak der la masuk yang kawasan untuk kanak-kanak.. malu la pula nanti.. ehhehehehehe.. memang best la. lepak-lepak atas pelampung kan.. yang best nyer leh terlelap la pula. hehehehe.. watu mandi tu memang tak ingat dunia. tapi bila dah balik tu baru la rasa penat. esoknyer tgk kulit. Ya ampun, terbakar dah kulit aku.. berbelang dah peha dan legan aku nie.. tapi tak per.. asalkan aku enjoy. terbakar tu bukan selalu kan.. nanti-nanti elok la balik. Bukannyer tak pernah hangus kulit nie kan.. lelaki kalau gelap skit baru macho kan.. betul tak? hehehehehe.. pergi la jalan-jalan ke gambang kalau dah berada di kuantan tu. Jangan lepaskan peluang datang ke Gambang nie.. memang enjoy la.

I-City Shah Alam

Wah.. cantiknyer.. Rasanya itu perkataan pertama setiap orang yang hadir ke I-City Shah Alam nie kot. Dah lama aku nak datang ke sini, tapi tak der masa.. almaklumla.. jauh tercampak kan. Lepas berkelah gan family aku terus ajak adik aku ke sini.. Bukan selalu dapat datang sini. Memang cantiktempat nie, dipenuhi dengan berbagai-bagai jenis lampu dan berbagai warna dan bentuk. ramai juga orang yang datang ke sini untuk bersantai dengan keluarga. Berbagai design pokok dan binatang dibina dan dipenuhin dengan pelbagai lampu yang berwarna-warni. Seronok ambil gambar kat sini. Sampai habis la bateri camera masa tu sebab banyak sangat gambar diambil. Dah abis bateri baru la ingat nak balik kan. Kalau tak sure tak balik lg. Rugi klu korang tak jejakkan kaki kat sini. kira sekali cukup la.

Monday, May 23, 2011

Kehijaun Sawah Padi


Sawah nie terletak di Semanggol, Taiping. Tak berapa jauh dengan LakeTown Bukit Merah.. :) Tenang seketika semasa menghabiskan masa di kampung bersama keluarga.. dengan kehijauan sawah padi masa tu.. sejuk mata memandang.. sawah nie betul-betul bersebelahan dengan rumah abah aku.. time pergi umah dia boleh la ambil pic kat sawah padi kan. memang best la sekali sekala duduk tepi sawah tengok permandangan yang hijau dan mendamaikan ini. sawah nie time hijau dan time mengguning jer cantik. time lepas tuai.. tak cantik sebab kering.. nampak tanah jer. hehehehhe

Thursday, April 14, 2011

Lepak2 kat Johor









Nak kata aku baru sampai johor nie tak la juga. Dulu aku pernah belajar kat sana sekejap. Sekejap jer.. tak sempat nak jalan-jalan ke mana pun. hehehee.. Tak banyak tempat yang aku sempat pergi. Tapi yang pastinya.. tempat paling Famous kena la aku pergi kan. mana lagi kalau bukan Danga Bay . Pastu aper lg.. mula la gan aktiviti mengambil gambarnyer.. banyak ambil gambar kat kedai yang senibina dan warna dia melambangkan bangsa cina. cantik tempat tu. tapi sayangnyer.. aku punya gambar semua hilang masa 1st ambil. terpaksa la pergi lagi sekali. elok mood dah kurang dah. pastu kami dibawa berjalan ke taman rumah-rumah kampung. nama tempat tu aku tak tau. tapi tak jauh dari danga bay la.. thanks kat faiz coz sudi bawak aku pusing kat bandar JB.. pas nie plan nak kemana lak yer.. bagi la cadangan k.. klu nak sponser lg best.. hahahhahaha

Thursday, March 17, 2011

Teluk Gorek






Telok gorek, tempat dia boleh tahan cantik. cuma masa kitaorg pergi nie time air surut. so jauh la skit kena jalan kat. masa nie p berkelah gan kawan2. telok gorek terletak di endau mersing. tak berapa jauh dari kuala rompin. tak der bus ke sana. kalau nak pergi sana kena la drive.

Wednesday, February 9, 2011

Teluk Cempedak






Dah lama aku tak update blog nie kan.. maklum la.. bz gan keje. tambahan pula skrg aku dah tak der laptop untuk update blog nie.. nie kira permulaan aku berjalan la nie. aku pergi kuantan pun sebab nak service kete. sambil2 tu aku p la jalan2 kat pantai teluk cempedah. orang kuantan pangil TC. mmg popular la tempat nie kat kuantan. best gak lepak2 kat sini siap ada fastfood lg. masa aku pergi nie musim terkujuh.. so ombak dia agak kuat juga jadi tak ramai la yang mandi. klu korang sampai kat kuantan tu jgn tak pergi lak teluk cempedak nie.. cam tak lengkap la klu sampai kat kuantan tapi tak pergi TC.

Monday, December 20, 2010

krismas di times square.





sambutan krismas dah terasa dah.. banyak tempat dah mula menghias tuk krismas. macam2 cara la. apapun semua cantik2. pic nie aku ambil kat times square masa jalan2 kat sana. cantik juga decor kali nie. ramai yang dah keluar untuk beli persiapan krismas.. aku salah seorang yang meramaikan tempat tu. hehehehhe...

Tuesday, July 6, 2010

perlawanan polo




1st time aku p tengok perlawana polo nie. kat royal pahang polo club, pekan. tu pun sebab kawan aku bawak. klu tak sure aku tak tengok nyer. best juga. tengok cara diorang main agak menakutkan. main rembat jer kayu tu. ada yang jatuh kuda la. dengan kayu pemukul diorg patah. cara permainan dia menarik gak. kena masukkan goal selang seli antara dua goal. agak sukar juga aku tengok perlawanan, nak control kuda lagi, nak kejar bola lagi. apapun best gak. klu korang ada masa p la tengok. tak rugi pun.

Friday, June 18, 2010

Rompin Fest 2010





Rompin fest 2010. pesta yang paling meriah kat rompin nie. bertempat di tepi pantai dengan ada konsert di malam hari. memang meriah la. aku tengok ramai juga orang luar yang datang. bukan saje ada konsert, tapi ada jualan, ada pameran dari agensi kerajaan, ada pertandingan dan macam-macam lagi la. kira popular juga la rompin fest nie. setiap tahun cuma sekali jer. aku pun pertama kali turun rompin fest nie. kalau pergi siang tak ramai orang sangat, tapi kalau malam ramai giler. mai la rompin fest tahun depan yer kalau nak tengok kemeriahannyer.

Thursday, April 29, 2010

Tasik Impian, Bangi




Tasik impian. kalau saper yg duduk area bangi or kat kajang sure tau tempat nie. aku gan akak aku suka ke sini. ikan bakar dia best. tempat dia pun cantik. makanan disediakan pun tak lambat. kiranya service dia ok la. saper-saper yang suka makan ikan bakar mai la sini. best tu. rugi klu tak merasa.

Tuesday, April 27, 2010

tempat paling bersejarah




tempat nie terletak di one utama. tempat aku mula-mula kerja selepas aku abis belajar. tempat nie terlalu bersejarah bagi aku. terlalu indah untuk aku kenangkan tempat ini. masih tetap sama tempat nie walaupun sudah bertahun peristiwa berlakunya peristiwa tu kat sini. aku akan ke sini lagi selagi kenangan itu masih segar dalam ingatan aku.

Tuesday, March 9, 2010

Sweet Chat




cendol durian dengan manggo ais.. best tu.. saper-saper nak rasa leh la pergi kat sweet chat kat times square. level bawah skali. tempat nie sesuai tuk lepak-lepak jer sesuai gan nama dia sweet chat..