Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, May 27, 2011

I-City Shah Alam

Wah.. cantiknyer.. Rasanya itu perkataan pertama setiap orang yang hadir ke I-City Shah Alam nie kot. Dah lama aku nak datang ke sini, tapi tak der masa.. almaklumla.. jauh tercampak kan. Lepas berkelah gan family aku terus ajak adik aku ke sini.. Bukan selalu dapat datang sini. Memang cantiktempat nie, dipenuhi dengan berbagai-bagai jenis lampu dan berbagai warna dan bentuk. ramai juga orang yang datang ke sini untuk bersantai dengan keluarga. Berbagai design pokok dan binatang dibina dan dipenuhin dengan pelbagai lampu yang berwarna-warni. Seronok ambil gambar kat sini. Sampai habis la bateri camera masa tu sebab banyak sangat gambar diambil. Dah abis bateri baru la ingat nak balik kan. Kalau tak sure tak balik lg. Rugi klu korang tak jejakkan kaki kat sini. kira sekali cukup la.

Monday, May 23, 2011

Kehijaun Sawah Padi


Sawah nie terletak di Semanggol, Taiping. Tak berapa jauh dengan LakeTown Bukit Merah.. :) Tenang seketika semasa menghabiskan masa di kampung bersama keluarga.. dengan kehijauan sawah padi masa tu.. sejuk mata memandang.. sawah nie betul-betul bersebelahan dengan rumah abah aku.. time pergi umah dia boleh la ambil pic kat sawah padi kan. memang best la sekali sekala duduk tepi sawah tengok permandangan yang hijau dan mendamaikan ini. sawah nie time hijau dan time mengguning jer cantik. time lepas tuai.. tak cantik sebab kering.. nampak tanah jer. hehehehhe