Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Kisah Hati


Lagu yang menjadi kegilaan aku sekarang nie.. setiap kata-kata penuh bermakna bagi aku.. setiap hari aku dengar lagu nie dan tak pernah jemu mendengarnya.. yang hadir silih berganti namun dia tetap dihati. hanya aku dan dia tahu kenapa.. tapi kami tak mungkin bersama. lagu yang mengambarkan kisah hati aku.. amat bermakna dan sangat-sangat bermakna.. kepada dia yang sentiasa berada dalam hati aku.. thanks kerana pernah bersama-sama melakar kenangan yang indah dan kenangan yang aku tak pernah lupa walaupun sedetik sehingga saat ini.. andai dunia ini boleh diputarkan kembali.. aku ingin kembali ke saat itu.. merasai indahnya dunia aku.. hidup begitu sukar tanpa dia.. tapi aku harus sedar.. semua ini harus berakhir. sejarah lama hanya menjadi kenangan manis yang tercoret dalam hidup aku.

Thursday, July 22, 2010

dalam kenangan


omen, nama yang telah diberikan untuk anak kucing yang cute nie. hasil dari pasangan boy dan jaz. omen telah dilahirkan pada 21hb april 2010 tak jauh dari tarikh lahir aku. kini semuanya tinggal kenangan. omen telah pergi meninggalkan kami pada 22hb julai 2010. genap umur dia 3 bulan. pagi sebelum omen mati dia telah dibawa ke klinik untuk mendapatkan suntikkan sebab dia tak sihat. namun dia pergi jua. sedih yang teramat. tiada lg kelincahan dia. tak boleh lg melihat dia masuk dalam kasut kerja aku. kini aku dah tak boleh kejar dia masa dia nak keluar. aku tak boleh lagi suruh dia keluar dari bawah kereta aku. kini dia telah pergi tuk selamanya..

Tuesday, April 27, 2010

tempat paling bersejarah




tempat nie terletak di one utama. tempat aku mula-mula kerja selepas aku abis belajar. tempat nie terlalu bersejarah bagi aku. terlalu indah untuk aku kenangkan tempat ini. masih tetap sama tempat nie walaupun sudah bertahun peristiwa berlakunya peristiwa tu kat sini. aku akan ke sini lagi selagi kenangan itu masih segar dalam ingatan aku.