Saturday, July 31, 2010

unik




kiraorang pangil kedai nie kedai pink. coz warna dia pink. tapi uniknyer kedai nie coz ada hello kittie... mmg dia minat kot. penuh gan hello kettie. gan mangkuk pun ada sticker gak. kedai nie kat jalan rompin-mersing. slalu aku minum cendol jer kat sini. tapi setiap kali nak cendol pulut sure dah abis. terpaksa minum cindol biasa.. tak der rezeki nak wat cam mana. hehehe

cinta


cinta... aper makna cinta bagi korang?? klu tanya pasal cinta. macam2 jawapan akan dapat. cinta itu subjektif. sukar untuk diberi penjelasan yang tepat. apapun cinta pasti ada kejujuran dan keikhlasa. tak kira cintakan tuhan, ibubapa, pasangan atau cintakan apa jua. mmg sukar untuk menjelaskan maksud cinta. tapi cinta sesama manusia kadang2 membuatkan kita buta. buta menilai erti cinta sebenar. kadang2 bukan cinta, tapi nafsu yang mengusai diri. sukarkan mencari cinta sebenar. tapi bercinta memberi seribu kenikmatan dalam kehidupan. percaya ada cinta,cinta yang sebenar masih wujud. mungkin cepat dan mungkin lambat. apapun kita sendiri perlu ikhlas dan jujur memberi cinta.

Thursday, July 22, 2010

dalam kenangan


omen, nama yang telah diberikan untuk anak kucing yang cute nie. hasil dari pasangan boy dan jaz. omen telah dilahirkan pada 21hb april 2010 tak jauh dari tarikh lahir aku. kini semuanya tinggal kenangan. omen telah pergi meninggalkan kami pada 22hb julai 2010. genap umur dia 3 bulan. pagi sebelum omen mati dia telah dibawa ke klinik untuk mendapatkan suntikkan sebab dia tak sihat. namun dia pergi jua. sedih yang teramat. tiada lg kelincahan dia. tak boleh lg melihat dia masuk dalam kasut kerja aku. kini aku dah tak boleh kejar dia masa dia nak keluar. aku tak boleh lagi suruh dia keluar dari bawah kereta aku. kini dia telah pergi tuk selamanya..

Tuesday, July 6, 2010

perlawanan polo




1st time aku p tengok perlawana polo nie. kat royal pahang polo club, pekan. tu pun sebab kawan aku bawak. klu tak sure aku tak tengok nyer. best juga. tengok cara diorang main agak menakutkan. main rembat jer kayu tu. ada yang jatuh kuda la. dengan kayu pemukul diorg patah. cara permainan dia menarik gak. kena masukkan goal selang seli antara dua goal. agak sukar juga aku tengok perlawanan, nak control kuda lagi, nak kejar bola lagi. apapun best gak. klu korang ada masa p la tengok. tak rugi pun.

Monday, July 5, 2010

tahniah ziana zain dan mohd

Dengan markah keseluruhan sebanyak 71, Mohd atau nama penuhnya Mohd. Izwan Mohd. Nor dan mentornya, Ziana Zain diangkat sebagai juara Mentor 4. Satu keputusan yang barangkali tidak mengejutkan ramai pengikut rancangan realiti terbitan TV3 ini.

Malah diakui Mohd sendiri dalam akhbar Berita Harian hari ini, populariti mentornya itu sedikit sebanyak memberinya kelebihan dalam meraih undian peminat, yang merangkumi 50% daripada markah keseluruhan - 20% dari juri awam dan 30%, undian SMS. Markah selebihnya, sebanyak 50%, adalah daripada juri profesional, yang pada malam ini terdiri daripada Acis, Adibah Noor dan Sheikh Haikel.

Jika hendak dinilai prestasi Mohd pada malam ini, anak muda berusia 22 tahun itu ternyata telah memberikan satu persembahan yang bersungguh-sungguh. Persembahan pembukaannya, ketika mendendangkan lagu barunya, "Cinta" yang dicipta Aswandy dan Sham Kamikaze, memang berjaya meninggalkan kesan yang mendalam ke atas penonton.

Rata-rata komen juri profesional juga positif, dimana Sheikh memuji Mohd sebagai seorang artis yang ada bakat dan stail tersendiri. Namun Sheikh turut mengingatkan Mohd pentingnya untuk dia mencari identiti sendiri selepas ini kerana mendapati sukar untuk membezakan diantara peminat Mohd dan Ziana. Acis pula, selain menasihati Mohd agar perlunya untuk dia memahami lagu yang dibawa, dia juga perlu mencari ton-nya yang tersendiri kerana terlalu mirip dengan bekas-bekas juara lain.

Kemenangan anak kelahiran Johor ini memastikan dia pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 serta kontrak rakaman dengan Monkey Bone.

Gelaran naib juara disandang oleh Adi Hamiz Johar, protege Dayang Nurfaizah, dengan 62 markah, dan dia membawa pulang wang tunai RM30,000. Sementara protege Azmeer, Nani yang hanya mengumpul markah keseluruhan sebanyak 51, mendapat RM10,000.