Wednesday, November 9, 2011

felt


ini new item yang aku buat.. tapi buat untuk diri sendiri tak buat untuk order.. ingat nak buat key chain.. tapi tengok la cam mana nanti.. nak buat yang besar nie pun leceh.. nie nak buat yang kecik2 kan. kalau jadi nanti baru update kat sini lagi.. hehehehehe

Tuesday, November 8, 2011

Kuching, Sarawak





masa nie aku di Kuching Sarawak.. best kat sana.. banyak benda-benda yang menarik dan tempat-tempat yang patut di lawati.. jangan lupa makanan yang popular kat sana.. rugi kalau tak makan.. masa kat sana, tempat makan yang paling best adalah di Coffee 'o' Coner.. memang puas hati makan kat situ. harga berpatutan dan rasa pun sedap. kek serawak yang berbagai corak dan rasa menarik minat untuk dibeli.. banyak juga la borong kek lapis serawak.. sampai beg kitaorang koyak.. hehehehe...

Wednesday, November 2, 2011

Jeti, Bandar Lama Kuala Rompin



bosan-bosan tak ada benda nak buat aku pergi la ambil gambar kat jeti bandar lama. tempat tak der la cantik sangat. tapi bila dah jadi gambar cantik lak pemandangan dia.. hehehhehe... masa nie awan pun cantik. air pun tak pasang. jadi boleh la naik ke jeti.. nampak bahaya namun kayu-kayu jeti nie masih kukuh lagi..

Friday, September 23, 2011

new design felt headband





nie design terbaru dari felt.. banyak juga permintaan untuk nie. alhamdulillah. klu ada idea nak tambahkan kebaikkan tuk produk saya nie.. :)

Raya Aidilfitri 2011



Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua... kalau ada salah dan silap tu harap di maafkan la yer.. mana la tau ada salah dan silap kan. almaklumlah.. manusia biasa.. seperti biasa.. raya tahun nie masih beraya di Taiping, Perak
.

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa tuk semua.. dah lama tak update blog nie.. banyak sangat keje kena wat. tak sempat ank update.. ramadhan datang lag.. semoga ramadhan tahun nie memberi seribu keberkatan untuk kita yer.. amin.. :)

Thursday, June 16, 2011

handmade pin & hair clips





Nie hasil kerja aku yang terbaru. alhamdulillah dah ada yang order.. kepada saper2 yang nak order atau nak tgk banyak lagi item boleh la lawat my facebook yer. coz kat sini skit jer yg akan diupdate. :)

Friday, May 27, 2011

Kampung Nelayan, Kuantan.


Kampung nelayan.. memang dah lama aku nak pergi ke kampung nelayan, walaupun kampung nelayan nie dah agak moden. tapi masih ada lagi pokok kelapa kat tepi pantai.. tu yang buat aku tertarik. Masa aku sampai kat sini.. pakcik-pakcik nelayan baru naik ke darat. leh la tengok hasil tangkapan diaorang.. banyak juga hasilnya. Ada juga yang datang ke sini untuk membeli ikan-ikan segar dar nelayan. fresh tu.. ingat senang nak dapat. Masa aku tengok tu.. diaorang banyak dapat ikan pari yang kecik (aku pun tak tau diorg pangil ikan aper.. hehehehhe). Suasana pantai biasa dan kampung nelayan agak berbeza. kira kampung nelayan nie popular la juga, sebab masa aku datang tu tak ramai orang, tapi lama kelamaan ramai orang. yang mandi laut pun ramai juga. banyak bawak anak-anak untuk mandi laut. akhirnya aku dapat juga sampai ke kampung nelayan. tapi aku tetap nak mencari kampung nelayan yang original.. yang cam dulu-dulu. rumah papan tepi laut dan dikelilingi oleh pokok kelapa.. mesti lagi cantik kan.

Gambang Water Park



Bukit Gambang Water Park, Kuantan Pahang. Dah penat-penat bekerja kan. nak la juga enjoy sekali sekala. lagipun orang selalu cakap pasal gambang nie. kira popular gak la kat kuantan kan. jadi rugi la kalau aku duduk kat pahang dia tak pergi. walaupun perjalanan agak jauh dari rompin nie, tak der hal punya. lagipun dah lama aku tak mandi kat waterpark nie. kalau gan family mandi kat sungai dan air terjun. memang seronok la kat sini. walaupun penat nak naik tangga ke atas kan. tapi best.. nak naik ke atas punya la lama, kalau turun tu sekejap jer. semua benda kami main, tak der yang tak. tapi tak der la masuk yang kawasan untuk kanak-kanak.. malu la pula nanti.. ehhehehehehe.. memang best la. lepak-lepak atas pelampung kan.. yang best nyer leh terlelap la pula. hehehehe.. watu mandi tu memang tak ingat dunia. tapi bila dah balik tu baru la rasa penat. esoknyer tgk kulit. Ya ampun, terbakar dah kulit aku.. berbelang dah peha dan legan aku nie.. tapi tak per.. asalkan aku enjoy. terbakar tu bukan selalu kan.. nanti-nanti elok la balik. Bukannyer tak pernah hangus kulit nie kan.. lelaki kalau gelap skit baru macho kan.. betul tak? hehehehehe.. pergi la jalan-jalan ke gambang kalau dah berada di kuantan tu. Jangan lepaskan peluang datang ke Gambang nie.. memang enjoy la.

I-City Shah Alam

Wah.. cantiknyer.. Rasanya itu perkataan pertama setiap orang yang hadir ke I-City Shah Alam nie kot. Dah lama aku nak datang ke sini, tapi tak der masa.. almaklumla.. jauh tercampak kan. Lepas berkelah gan family aku terus ajak adik aku ke sini.. Bukan selalu dapat datang sini. Memang cantiktempat nie, dipenuhi dengan berbagai-bagai jenis lampu dan berbagai warna dan bentuk. ramai juga orang yang datang ke sini untuk bersantai dengan keluarga. Berbagai design pokok dan binatang dibina dan dipenuhin dengan pelbagai lampu yang berwarna-warni. Seronok ambil gambar kat sini. Sampai habis la bateri camera masa tu sebab banyak sangat gambar diambil. Dah abis bateri baru la ingat nak balik kan. Kalau tak sure tak balik lg. Rugi klu korang tak jejakkan kaki kat sini. kira sekali cukup la.

Thursday, May 26, 2011

edit photo


ada gaya model tak??? hehehhehe.. pic nie diambil kat pandai telok gorek.. aku edit ikut gambar model yang aku ambil kat internet. aku ikut cara cahaya dia.. sebab aku berkenan gan pic model tu. tu yang aku try.. edit guna adobe photoshop nie susah juga. tapi wat slow la. baru jadi. nak tukar latar belakang dia pun aku ambil masa. yer la. baru lagi belajar kan. lain la klu dah pandai.. 5 minit dah siap. hehehehhe..

Wednesday, May 25, 2011

hair clips dari kain felt




Sekarang nie aku wat craft / hair clip dari kain felt. nie la keje aku pas balik keje atau hari2 cuti. yer la.. dari tak der buat aper-aper kat umah kan. mana la tau laku lak bila dijual nanti kan.. (berangan la pula). hahahhaha.. yang nie aku wat lebih skit dan masih mencari design-design terbaru untuk dibuat. penat juga buat benda nie tapi tak la terasa sangat, maybe sebab minat gak kot. korang leh la komen kerja-kerja aku nie.. bagi idea pasal design pun boleh. :)

Monday, May 23, 2011

Kehijaun Sawah Padi


Sawah nie terletak di Semanggol, Taiping. Tak berapa jauh dengan LakeTown Bukit Merah.. :) Tenang seketika semasa menghabiskan masa di kampung bersama keluarga.. dengan kehijauan sawah padi masa tu.. sejuk mata memandang.. sawah nie betul-betul bersebelahan dengan rumah abah aku.. time pergi umah dia boleh la ambil pic kat sawah padi kan. memang best la sekali sekala duduk tepi sawah tengok permandangan yang hijau dan mendamaikan ini. sawah nie time hijau dan time mengguning jer cantik. time lepas tuai.. tak cantik sebab kering.. nampak tanah jer. hehehehhe

Friday, May 20, 2011

Cita & Cinta


Citer nie memang best.. aku tak der la pandai sangat kalau nak menilai nie kan. tapi bagi aku citer nie ada kelainan. Cita & Cinta. ditayangkan pada setiap hari Khamis Jam 8.30 malam di TV9. Kalau korang nak tau best ker tak, jangan lupa tengok yer. layannnnnnnnnnn...

Thursday, May 19, 2011

Kisah Hati


Lagu yang menjadi kegilaan aku sekarang nie.. setiap kata-kata penuh bermakna bagi aku.. setiap hari aku dengar lagu nie dan tak pernah jemu mendengarnya.. yang hadir silih berganti namun dia tetap dihati. hanya aku dan dia tahu kenapa.. tapi kami tak mungkin bersama. lagu yang mengambarkan kisah hati aku.. amat bermakna dan sangat-sangat bermakna.. kepada dia yang sentiasa berada dalam hati aku.. thanks kerana pernah bersama-sama melakar kenangan yang indah dan kenangan yang aku tak pernah lupa walaupun sedetik sehingga saat ini.. andai dunia ini boleh diputarkan kembali.. aku ingin kembali ke saat itu.. merasai indahnya dunia aku.. hidup begitu sukar tanpa dia.. tapi aku harus sedar.. semua ini harus berakhir. sejarah lama hanya menjadi kenangan manis yang tercoret dalam hidup aku.

Tuesday, May 17, 2011

Kain Felt


Nie hasil kerja aku dari kain felt. aku buat nie dah lama gak tapi tak der masa nak upload kat blog nie.. hehehe.. ada dua design yang aku wat.. akuy buat nie untuk dijual.. tapi kena buat banyak-banyak la. buat satu pun dah teruk kan.. hehehehhe.. tapi yang nie dalam proses pembelajaran lagi. masih belum kemas sepenunya.. hehehehhe.. bunga nie untuk dijadikan pin ataupun hairclip. klu korang nak cuba leh la.. kita blajar sama-sama yer..

Monday, May 16, 2011

Edit photo

Aku nie baru jer nak belajar edit-edit photo nie... kadang2 bosan kat umah tak der aper nak wat, nie la keje aku.. ada yg aku main hantam dan ada yang aku ikut picture-picture model. pandai-pandai la.. almaklum la. bru lagi belajar kan. banyak benda yang aku kena belajar lagi untuk wat yang lebih baik.. mula-mula tu pening gak.. yer la.. belajar sendiri. lain la klu ada cikgu. nasib ada member yang pandai gak editing nie. dia yag ajar sikit-sikit dan dia juga yang tolong install program edit mengedit nie.. hehehehhe... klu harap aku.. sampai ke sudahla tak dapat nak install.. best gak edit-edit nie klu tak der keje kan.. hehehehe.. klu korang nak ajar aku edit boleh la ajar yer.. sudi menerima.. :)

Thursday, April 14, 2011

Lepak2 kat Johor









Nak kata aku baru sampai johor nie tak la juga. Dulu aku pernah belajar kat sana sekejap. Sekejap jer.. tak sempat nak jalan-jalan ke mana pun. hehehee.. Tak banyak tempat yang aku sempat pergi. Tapi yang pastinya.. tempat paling Famous kena la aku pergi kan. mana lagi kalau bukan Danga Bay . Pastu aper lg.. mula la gan aktiviti mengambil gambarnyer.. banyak ambil gambar kat kedai yang senibina dan warna dia melambangkan bangsa cina. cantik tempat tu. tapi sayangnyer.. aku punya gambar semua hilang masa 1st ambil. terpaksa la pergi lagi sekali. elok mood dah kurang dah. pastu kami dibawa berjalan ke taman rumah-rumah kampung. nama tempat tu aku tak tau. tapi tak jauh dari danga bay la.. thanks kat faiz coz sudi bawak aku pusing kat bandar JB.. pas nie plan nak kemana lak yer.. bagi la cadangan k.. klu nak sponser lg best.. hahahhahaha

Thursday, March 17, 2011

Teluk Gorek






Telok gorek, tempat dia boleh tahan cantik. cuma masa kitaorg pergi nie time air surut. so jauh la skit kena jalan kat. masa nie p berkelah gan kawan2. telok gorek terletak di endau mersing. tak berapa jauh dari kuala rompin. tak der bus ke sana. kalau nak pergi sana kena la drive.

Wednesday, February 9, 2011

Teluk Cempedak






Dah lama aku tak update blog nie kan.. maklum la.. bz gan keje. tambahan pula skrg aku dah tak der laptop untuk update blog nie.. nie kira permulaan aku berjalan la nie. aku pergi kuantan pun sebab nak service kete. sambil2 tu aku p la jalan2 kat pantai teluk cempedah. orang kuantan pangil TC. mmg popular la tempat nie kat kuantan. best gak lepak2 kat sini siap ada fastfood lg. masa aku pergi nie musim terkujuh.. so ombak dia agak kuat juga jadi tak ramai la yang mandi. klu korang sampai kat kuantan tu jgn tak pergi lak teluk cempedak nie.. cam tak lengkap la klu sampai kat kuantan tapi tak pergi TC.