Wednesday, June 30, 2010

Tahniah min






Tahniah 4 min, akhirnya semuanya telah berubahkan. hehhehehe... kami semua doakan semoga berbahagia sehingga akhir hayat.. amin... kenduri nie kat kota tinggi, johor. mmg best la. banyak makanan di sediakan. aku nie hantu makan. aper lagi. nie la time nak belasah.. leh makan banyak2. penat memandu la katakan (alasan je tu).. hehehehhe... tu pun nasib tak sesat.. nasib la ada makcik yang suka membebel kat belakang. klu tak sure aku dah lentok masa drive. :)

Friday, June 18, 2010

Rompin Fest 2010





Rompin fest 2010. pesta yang paling meriah kat rompin nie. bertempat di tepi pantai dengan ada konsert di malam hari. memang meriah la. aku tengok ramai juga orang luar yang datang. bukan saje ada konsert, tapi ada jualan, ada pameran dari agensi kerajaan, ada pertandingan dan macam-macam lagi la. kira popular juga la rompin fest nie. setiap tahun cuma sekali jer. aku pun pertama kali turun rompin fest nie. kalau pergi siang tak ramai orang sangat, tapi kalau malam ramai giler. mai la rompin fest tahun depan yer kalau nak tengok kemeriahannyer.

Sunday, June 6, 2010

anak kucing




nie anak kucing adik aku. baru jer sebulan lebih. semua besar2 n comel2. ada 3 ekor semuanya.. nama belum ada lg coz adik aku tak letak lg.. sekor jer yg sama cam mak n bapak dia. yg 2 lagi tu warna oren. lain skit. hehehhehe

tahniah ina






tahniah ina dan azizul.. dah selamat korang di ijab kabul kan. semoga berbahagia sehingga akhir hayat aku doakan. nie aku baru jer blik dar kenduri diorg terus update blog.. hehhhehhe... ruginyer gambar aku gan penganti tak jadi. nie kena minta kat pengantin pic aku gan diorg nie. klu tak, tak der la kenangan aku.. hehehhehe....

kelapa float..



minum baru yang aku jumpa kat rompin. kelapa float. nie pun sebab bos aku jak minum ari tu. klu tak sure aku tak tau. sedap juga. mai la klu korang nak rasa. kedai dia nama kama air kelapa. kat situ korang leh minum kelapa float nie.. rugi klu tak try..

Tuesday, May 25, 2010

aku dan layang-layang






masa petang aku akan habiskan dengan kawan-kawan aku kat rompin, kalau tak jogging aku akan main layang-layang gan diorang. susah jugan sebenarnya nak naikkan layang-layang nie. tapi mmg best la. walaupun kadang-kadang penat bekerja, tapi petang tu turun gak main layang-layang. hilang skit stress masa kerja. yang penting kami enjoyyyyyy.....

Thursday, April 29, 2010

Tasik Impian, Bangi




Tasik impian. kalau saper yg duduk area bangi or kat kajang sure tau tempat nie. aku gan akak aku suka ke sini. ikan bakar dia best. tempat dia pun cantik. makanan disediakan pun tak lambat. kiranya service dia ok la. saper-saper yang suka makan ikan bakar mai la sini. best tu. rugi klu tak merasa.

kursus asas asuhan kanak-kanak (KAAK) siri 1/2010




Kursus Asuhan Kanak-Kanak telah diadakan di Institut Sosial Malaysia pada 04 april 2010 sehingga 23 april 2010. best gak kursus nie. banyak yang leh belajar. semua pasal kanak-kanak bawah 4 tahun. siap ada latihan amali di taska lag. penat mmg penat tapi best. kat sini la segala kekretiviti dan segala idea digunakan. macam-macam kena buat. apapun semoga semua berjaya dalam kursus nie dan lulus dengan cemerlang. good luck u all.

Tuesday, April 27, 2010

tempat paling bersejarah




tempat nie terletak di one utama. tempat aku mula-mula kerja selepas aku abis belajar. tempat nie terlalu bersejarah bagi aku. terlalu indah untuk aku kenangkan tempat ini. masih tetap sama tempat nie walaupun sudah bertahun peristiwa berlakunya peristiwa tu kat sini. aku akan ke sini lagi selagi kenangan itu masih segar dalam ingatan aku.