Thursday, February 18, 2010

Selamat Tahun Baru Cina (One Utama)





Nie pula masa aku kat One Utama. Jalan-jalan gan adik aku. Bosan kat umah tak der aper yang nak dibuat. One Utama selalu decor yang cantik-cantik. Aku memang slalu lepak kat sana. Tempat keje lama. hehehhe

Selamat Tahun Baru Cina ( Berjaya Times Square)





Nie masa cuti Tahun Baru Cina. Aku Balik Kl, so apa lagi. merayap kat kl la. Kali nie aku pergi Times Square lak. cantik decor dia. Decor di pintu masuk utama tak la cantik sangat, simple jer. Bila aku trun bawah nak lepak-lepak sambil minum-minum, aku nampak la tempat yg diorg hias macam kat town cina. cantik dan clasik.

Tuesday, February 9, 2010

my new baby





Dah lama aku idamkan baru sekarang aku dapat. hehehhe... Nie la harta terbaru aku. Baru jer dapat tahun nie mean cam hadiah tahun baru la jugak. Apapun 1st time guna kete mengelabah juga drive kat bandar K.L, tapi mmg best la.

hantaran perkahwinan abang iwan



Ini lah hasilnya. Klu ada komen tu leh la bg. Selagi hantaran nie belum berubah tangan leh la aku betulkan. Klu dah hantar ke pihak perempuan, alamatnya... krim salam banyak2. Hantaran nie aku buat sendiri tau. Sempena hari bahagia abang aku pada 26hb februari 2010. Aku buat setakat yang aku mampu jer, lawa ker tak terserah la pada yang menerima. hehhehe... komen yer.. jgn tak komen lak.

Friday, February 5, 2010

thanks hedayah




Jamuan nie diadakan sempena pemergian seorang rakan sekerja yang akan bertukar ker Johor. Happy dia dapat tukar kami yang sedih sebab kehilangan dia. Sunyi tak der geng nak wat kecoh kat office. hehehhee... thanks hedayah sebab sudi bekerjasama selama ini. keep in touch k.

Wednesday, January 27, 2010

Pantai Hiburan, Rompin


Suasana waktu petang di pantai mmg best. Tenang je. fikiran pun tak serabut. Angin yang menyapa membawa sekali kekusutan kerja di siang hari. Berbagai-bagai aktivi kekeluargaan kat sini. Ada yang bermain pasir, bermain layang-layang dan ada juga yang mandi manda. Ramai yang hanya bersiar-siar ambil ambil angin laut jer. Kalau dah penat berjalan di persisiran pantai tu boleh la singah di gerai berhampiran. Menjamu selera dalam suasana yang mendamaikan dengan angin laut dan pemandangan yang cantik memang best la.


Friday, January 22, 2010

Taiping Bandar Warisan


Taiping bandar warisan dan juga di kenali sebagai bandar hujan ini kerana bandar taiping adalah bandar yang paling kerap menerima hujan setiap tahun. Bandar ini akan dibasahi hujan dalam 320 hari setahun namun jarang kita dengar bandar ini banjir kecuali kawasan paya. Taiping juga terkenal dengan zoo taiping dan night safari. aku dilahirkan di kawasan kampung di bukit gantang, salah satu kawasan kampung di taiping. Bandar taiping nie tak la besar mana, tapi banyak juga tempat menarik dan taiping semakin maju. Kalau datang taiping jgn lupa pergi zoo dan taman tasik. Tempat yang paling terkenal di taiping, rugi kalau dah sampai tak pergi sana.


Comel tak anak saudara aku??? nie baru dua orang, ada banyak lagi. Nie masa melawat akak aku kat IJN, dia baru jer abis menjalani pembedahan. Dah ramai2 kat sana, wad tu pun jadi kecoh. Biasala, keluarga besar. hehehhe...

Program Unit Khidmat Penyayang Tanjung Gemok





Nie pic aku semasa menjalankan tugas kat pasar malam tanjung gemok. Nak kata best tu tak jugak apapun ejoy gan member-member giler-giler nie. Tak la bosan sangat menunggu kat situ. Yang best kat pasar malam tu cuma laksa jer, itupun tak sehebat laksa akak aku masak. hehehehehe.... pasar malam nie setiap hari khamis, so sesaper yang nak pergi tioman tu leh la singgah kat pasar malam nie. Tapak pasar malam nie pun tak jauh dengan jeti nak pergi tioman.

Thursday, December 31, 2009

majlis perpisahan dan majlis tahun baru 2010





Selamat Tahun Baru 2010. Kalau nak tau, majlis nie diadakan sempena majlis perpisahan staff projek cari dan sekali gus menyambut tahun baru 2010. Banyak la makanan yang disediakan sampai berlebih-lebih la pulak. Siap ada bbq depan office lagi. Acara yang hangat aku rasa semenjak aku kerja di sini. Memang best la. Terima Kasih banyak-banyak kat staff projek cari kerana banyak membantu kami dan tidak lupa juga, terima kasih yang teramat sangat kepada kak ton yang menyediakan makanan yang banyak. Kenyang la kami melantak. Puas giler dapat makan best-best dan ramai-ramai. SELAMAT TAHUN BARU SEMUA, SEMOGA TAHUN DEPAN LEBIH BERMAKNA BUAT KITA SEMUA. SELAMAT TINGGAL 2009..